Racikan Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Penumpukan Darah Kotor Berlebih

Racikan Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Penumpukan Darah Kotor Berlebih

Minum Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.
Bila anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.
Loading...
Bahan-bahannya :
  • 2sm halia
  • 2sm kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • Gula batu atau madu sesuai selera
Cara buatnya :
  • Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
  • Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
  • Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
  • Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara). Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
Air jamu ini baik untuk :
  • Membersihkan rahim selepas haid
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Memecahkan lemak di perut
  • Mengurangkan masalah bau badan
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

0 Response to "Racikan Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Penumpukan Darah Kotor Berlebih"

Posting Komentar

Iklan Tengah Artikel 1